Telur Benedict (Sarapan Pagi)
Monday, 19 November 2012 | 0 comments
BAHAN-BAHAN :
- 4 biji telur ayam
- 4 keping roti muffin
- ½ sudu teh cuka
- 4 sudu besar mentega cair
- 1 biji kuning telur
- 5 gram daun parsley
- 1 liter air
CARA MEMBUAT :
- Panaskan air dalam kuali dan masukkan sedikit cuka dan biar sehingga mendidih. Selepas mendidih perlahankan api.
- Setelah itu pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil setiap satu tanpa memecahkan kuning telur.
- Masukkan mangkuk kecil tadi ke dalam air yang sedang mereneh, masak sehingga setengah masak. Asingkan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, kacau kuning telur, masukkan mentega cair sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan pemukul (whisk) sehingga pekat.
- Sebagai cadangan hidangan, letakkan telur yang dimasak dalam mangkuk tadi di atas kepingan muffin atau roti bakar.
- Panaskan di dalam ketuhar selama dua minit sebelum dihidangkan.
