biography stuffies chingu(s) home entry

  



Older Post >> | << Newer Post
Mari tidur SIANG !


Monday, 22 October 2012 | 0 comments


Ini mungkin berita baik bagi yang suka tidur siang. Ternyata tidur siang juga ada manfaatnya. Artikel di dalam The Journal of the American Medical Association pada bulan Februari tahun lalu mengatakan bahawa tidur siang boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.

Bagaimana boleh jadi begitu ya ? Menurut Androniki Naska, PhD dari Fakulti Perubatan Universiti Athens, Yunani, kajian daripada 23,681 lelaki dan wanita yang berumur dalam lingkungan 20 - 86 tahun mendapati bahawa tidur siang dapat menghindari mereka dari serangan jantung sehingga 34%.

Kajian tersebut juga membuktikan bahawa pekerja pejabat yang mengambil sedikit masa untuk tidur siang juga mempunyai risiko 67% lebih rendah terkena serangan jantung berbanding mereka yang tidak tidur siang sama sekali.

Walaupun kajian yang mengkaji hubung kait antara tidur dengan penyakit jantung ini bukanlah baru, tetapi ia menambahkan lagi bukti bahawa tidur siang bermanfaat, malah boleh dipraktikkan juga bukan sahaja kepada golongan yang tidak bekerja, tetapi bagi golongan yang bekerja.

Mencuri sedikit masa ketika rehat untuk tidur sudah cukup. Tetapi, ingat, jangan tidur terlalu lama kerana terlebih tidur akan membuatkan anda berasa penat tetapi juga boleh mengganggu produktiviti dan kelancaran tugas anda di pejabat.