10 Petanda Si Dia Tak Serius Denganmu
Thursday, 25 October 2012 | 0 comments
- Setiap kali si dia menjawab panggilan telefonmu, pasti dia merengus lantas berkata, "Huh, apa hal ? Kalau tak penting sangat tak payahlah call !".
- Dia akui mempunyai tabiat buruk iaitu cepat lupa dengan perkara remeh. Contohnya, nama kamu. Teruk betul !
- Apabila bertemu, si dia akan bertanya khabar namun belum pun sempat kamu nak menjawab soalannya, dia dah sumbat telinganya dengan earphone iPod.
- Kalian memesan hidangan dan si dia mengingatkan kamu untuk bayar bil di restoran segera secara berasingan.
- Jarang benar si dia menghubungi kamu. Harapkan SMS sajalah. Itupun selepas tengah malam - kalau dia ingat !
- Si dia selalu mengacah nak menduakan kamu dengan teman karibmu yang cantik bagaikan seorang model itu.
- Setiap kali diajak keluar, pelbagai alasan diberikan oleh si dia. Antaranya, dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam.
- Si dia memutuskan hubungan sebaik sahaja kamu berdua menyambut hari lahirmu atau hari kekasih. Malah, siap pesan denganmu supaya jangan bersedih pula !
- Si dia terlampau mengagumi dan mengetahui secara mendalam latar belakang jurulatih gimnya yang juga seorang lelaki ! Patutlah excited sangat pergi gim setiap hari.
- Mukanya berubah "masam" jika terserempak denganmu. Kadang-kadang boleh menyorok pula kalau kamu tak perasan kelibatnya.



occae et harumb bet theap. est praesent luptatum. ha! bis nostrud exercitation ullam mmodo consequet. duis aute in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. at vver eos et accusam dignissum qui blandit est praesent luptatum delenit aigue excepteur sint occae. et harumd dereud facilis est er expedit distinct. at vver eos et accusam dignissum qui blandit est praesent luptatum delenit aigue excepteur sint occae. et harumd dereud facilis est er expedit distinct. yoii rockem sockem mow-em yown. manarie li que vaqeriao.