Aku apply cuti dari 12 - 20 Nov 2016.
Nak habiskan cuti tahunan punya pasal.
So, masa 9 Nov aku da beli tiket bas pergi balik RM 48.60 secara online di Easybook.
Memang excited nak holiday 😚
Sabtu, 12 Nov 2016
Bertolak dari KL pukul 8am.
Sampai Kuantan Sentral pukul 12pm.
Perjalanan mengambil masa yang lama sebab Kuantan ni kira penghujung Pahang.
Letih aku sepanjang perjalanan.
Dengan pening kepala lagi.
Naik bas lama-lama boleh membuatkan kepala aku pening.
Agak mencabar juga nak ke Pahang.
Lebih-lebih lagi bila da lepas terowong kat Genting Sempah tu.
Sebab sepanjang perjalanan melepasi terowong, kena turun bukit.
Masa tu memang ko akan terdengarlah bunyi bas tekan brek nak memperlahankan bas.
Memang kuat gila bunyi brek.
Bila sampai Kuantan, kena tunggu Kak Teh datang picked up.
Time tu kena tunggu sebab dia pun ada hal.
Jumpa mertua dia.
Masa dia sampai memang dia bawak makanan & minuman sekali.
Aku time tu memang dah kebulur.
Dari pagi smpai tengah hari tak makan.
Lepas dia picked up, singgah beli barang rumah.
Abg Wan pun nak singgah kat rumah baru diaorg.
Nak buat kerja.
Ahad, 13 Nov 2016
Bangun awal pagi terus bersiap nak pergi De Rhu, Kuantan.
Masa perjalanan hujan sekejap.
Sampai De Rhu Beach Resort Kuantan pukul 2.30pm.
Rehat kejap.
Amik gambar.
Jalan-jalan kat resort tu.
Happy betul kakak bila ajak selfie.
Bawah ni gambar deco bilik.
Pemandangan dari dalam bilik kitaorang.
Memang suka candid gambar budak-budak ni.
Ntah hapa-hapa gaya dak abang ni.
Pukul 6pm baru mandi kat pantai.
Lupa plak nama pantai dia.
Time tu panas sangat.
Aku sampai pakai sunblock.
Bila dah agak redup, baru mandi.
Pukul 7pm dah nak balik resort.
Sampai resort terus mandi.
Memang jahanam bilik mandi budak-budak ni kerjakan.
Seluruh tempat berpasir 😄
Cantik gila pemandangan pantai ni.
Ala Zikir. Comelnya 💦
Gambar pertama lepas mandi pantai.
Memang sunburned.
Tu pun Kak Teh bagitau.
Dak Zikir yang pantang nampak air.
Nampak air mesti nak main.
Pukul 8pm keluar bungkus makanan.
Kak Teh nak melayan Gegar Vaganza.
Isnin, 14 Nov 2016
Bangun pagi bersiap-siap nak breakfast.
Makan kat coffee house sampai pukul 9.30am.
Pagi ni cuaca mendung & hujan renyai.
Lepas makan amik gambar dulu sebelum mandi kat pool.
Sebelum makan selfie dulu.
Kenapa comel sangat budak ?
Bahahaha, semua sibuk nak main air
Mandi sampai pukul 11am.
Balik bilik siap-siap nak check out.
Sebelum balik rumah, beli keropok lekor kat sempadan Terengganu.
Sampai rumah pukul 2pm.
Jumaat, 18 Nov 2016
Seperti yang dirancang, malam ni kitaorang gi makan ikan bakar kat Ana Ikan Bakar Petai.
Restoran ni memang famous kat sana.
Semua makanan kat sini memang sedap-sedap.
Memang berbaloi.
Lepas makan, lepak kat tasik.
Lepak kat situ amik gambar.
Setakat ini jelah cerita aku.
Pengalaman cuti yang menarik.
Sekarang aku berusaha nak putihkan kulit aku balik.
Semoga kulit jadi lebih putih dari biasa. Amin.
Sekian
No comments:
Post a Comment