biography stuffies chingu(s) home entry

  



Older Post >> | << Newer Post
Tips Keselamatan Rumah Anda


Tuesday, 20 November 2012 | 0 comments


Tips : Pastikan sebelum tidur, anda letak kunci kereta di bawah bantal atau berhampiran dengan anda. Ini kerana, jika anda mengesyaki ada suara pelik di luar rumah atau mengesyaki ada cubaan pecah masuk ke rumah anda, anda hanya perlu tekan panic button di remote kunci kereta dan horn kereta akan berbunyi tanpa henti hingga mengundang perhatian jiran tetangga untuk datang membantu anda (atau mendatangkan kegelisahan kepada penjenayah tersebut).

Tidak ramai yang menyedari cara ini adalah satu cara yang amat baik di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi (di mana ramai yang tidak mampu) untuk memasang alarm keselamatan di rumah. Sedikit sebanyak cara ini dapat mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Jika anda ada kereta, dengan cara ini automatik anda kini mempunyai alarm keselamatan yang amat baik di rumah anda.