biography stuffies chingu(s) home entry

  



Older Post >> | << Newer Post
Hadiah Birthday Yang Paling Bermakna


Thursday, 31 March 2016 | 0 comments


Salam,
rasanya masih belum terlambat nak update pasal hadiah birthday ni..
Inilah hadiah yang paling bermakna untuk aku.
Untuk tahun 2016 ni laa..
Hadiah yang paling besar pernah aku dapat.

Ceritanya camni, ofis tempat aku kerja pindah.
Pindah ke tempat yang lagi jauh dari sebelumnya.
Dulu aku kerja kat Taman Yulek.
Ala, bangunan Cheras Business Centre tu.

Sekarang, pindah ke Taman Segar Perdana.
Kat sini public transport agak susah nak dapat.
Yelah, zaman GST ni. Mana ade benda murah lagi.
Tambang mahal. Tunggu pun lama. Service tak bagus.
Bila kau complained kt driver, mulalah buat muka badut.
Pastu, nak ngamuk-ngamuk bagai...
Aku pun =(

So, lesen dah ade.
Bincang punya bincang, mama pun sponsor RM 10k.
Time tu aku ade RM 4k hasil simpanan.
So, untuk deposit da standby RM 14k.
Maka, terjadilah hasil pembelian Axia SE.
Untuk gambar, sila rujuk lampiran di bawah :





Amik kau. Dengan plastik-plastik sekali aku bantai tibai angkat gambar.
Gelojoh kau, feXa.


Ni masa Axia ni masih suci.
Takde sentuh apa-apa pun..

Ini adalah resit kedai tempat aku beli kereta tu.
Beli kt Jacky. Bos aku punya cousin.
No. 237 tu pun beli. Mama nak sgt sama no. dengan kereta dia.
Sebelum ni pun bos aku tolong belikan motor, skrg dia tolong belikan kereta plak.

Tu jelah yang dapat aku share.
Nak tulis panjang-panjang siapa yang nak baca ?
Skrg orang pakai lukis je.

Terima kasih, mama..

Sekian.