Tupperware ?
Wednesday, 26 June 2013 | 0 comments
Meh meh. Aku nak kongsi sikit cerita camner aku leh terlibat dalam bidang jualan brand Tupperware ni. Kisah ni berlaku dalam hujung bulan Februari yang lepas. Masa tu aku still lagi dalam proses menghabiskan masa dengan praktikal atau nama lain latihan industri. Sebelum ni aku keje office hour kat Bandar Sri Permaisuri. Tapi, disebabkan kerana syarikat bos aku ni (Chinoz dgn akak Yus) makin maju berkembang and dorang pun ade rezeki (modal) maka dorang pun bukaklah kedai printing baju, mug, cap dan sebagainya kat 1 Shamelin Mall. Mall tu plak kt Pandan Perdana je. Kira 15 minit aku jalan kaki da sampai. Hujung bulan tu plak Chinoz bagi cadangan agar aku jaga kedai dia bila da siap. Aku pun setuju tanpa banyak tanya. Dekat gila kot kat umah. Takyah nak kuar duit tambang da.
Maka, hujung bulan Februari pun aku dah start jaga kedai dia. Insider Collection nama kedai dia. Selain mengambil tempahan printing and embroidery, kedai ni jugak keluarkan jenama tshirt dorang sendiri iaitu Insider Collection.
Berbalik dengan cite tupperware ni, kebetulan sebelah kedai aku jaga ni ada kedai jual tupperware. Memang sume tupperware dari brand Tupperware. Owner tupperware ni sorang makcik (Pn. Hayati) dgn anak lelaki dia (ntah hape name anak laki dia ntah). Kadang2 anak dia jaga. Kalau anak dia tak jaga kedai, makcik Hayati ni yang akan jaga kedai plak.
1 hari tu, makcik Hayati ni jaga kedai. Pastu, dia dtg kedai aku plak. Mula2 borak2 je. Pastu, dia mulalah promote tupperware dia ni. Haisshhh....
Aku time tu da blank. Macam2 dia cakap nak jual brg dia. Aku bukan hape, kat umah da berlambak-lambak tupperware. Ishh, aku dengan time tu pun dapat duit elaun praktikal je pun.
Ishh, makcik ni plak mula2 promote tupperware dia. Pastu mula plak nk jdkan aku ahli tupperware ni. Boleh buat bisnes katenye. Aku tengok tupperware tu mmg cantik2. Tp, kalau xcukup minat nak wat bisnes pun tak boleh nak paksa rite ?
Last2 sbb rse mcm da kne paksa, aku pun tengok2 la katalog tupperware tu. Igt nk beli 1 buat syarat je - supaya makcik ni tak paksa2 aku lg dah. Tengah belek2 aku pun minat kat Purplicious Lunch Set ni. Tambah2 dengan aku mmg fav dengan colour purple ni. Cantik gak aku tgok dr katalog tu.
![]() |
Inilah katalog yg aku maksudkan tu |
![]() |
Inilah tupperware yg aku dpt |
Lepas tu, masa 5 Mac aku pun dapat surat dari tupperware yg mengatakan aku sah menjadi ahli dia. Rujuk surat seperti gambar di atas. Selain tu, dia bg aku kad keahlian.
![]() |
Kad ahli~ |
P/s : Aku rasa, inilah luahan hati aku yg agak panjang berbanding dengan sebelum ni.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Kalau jumpa aku kat luar, jgn nak mengaitkan aku dengan mana2 tupperware.
Silap-silap haribulan, kau makan kaki aku nanti..