Bergaya dengan Koleksi Murah
Monday, 21 January 2013 | 0 comments
Ramai orang di luar sana, terutamanya golongan remaja yang sering menganggap bahawa jika mahu bergaya perlu sentiasa mempunyai wang yang banyak. Sebenarnya, banyak lagi cara untuk bergaya tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Anda harus kreatif dan bijak dalam menghiasi diri dengan bersederhana tapi tetap nampak bergaya. Jadi, marilah ikuti tip-tip menarik ini.
1. Jualan Murah
Jualan murah merupakan masa yang paling sesuai untuk anda membeli-belah. Tidak kiralah sama ada di pusat beli-belah ataupun jualan gudang, harga barangan yang dijual tetap murah dan berpatutan. Oleh itu, ketika jualan murah anda seharusnya membeli secara sakan kerana wang yang dibelanjakan cukup berbaloi dengan barang yang diperoleh. Dengan cara ini, anda dapat mengawal perbelanjaan dengan bijak.
2. Beli-belah Secara Online
Jumlah butik online yang kian meningkat kini membuatkan hobi membeli-belah secara online sebagai sebuah trend di Malaysia. Disebabkan ianya mudah dan menguntungkan, ramai golongan remaja yang menceburi bidang perniagaan online ini. Bukan itu sahaja, malah barangan yang mengikuti trend semasa juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
3. Flea Market (pasar lambak)
Flea market atau lebih dikenali sebagai pasar lambak kini turut menjadi pilihan golongan remaja kini. Ini kerana konsep pasar lambak dan bazar amat sesuai bagi mereka yang mencari pakaian atau aksesori yang murah. Terdapat banyak bazar-bazar di seluruh Malaysia ini yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian dari zaman vintaj ke moden dan juga aksesori yang pastinya akan menepati cita rasa anda.
![]() |
Huh, xckup tgn nk bwk shopping bags |