biography stuffies chingu(s) home entry

  



Older Post >> | << Newer Post
10 Petanda Kamu Wanita Berdikari


Thursday, 5 July 2012 | 0 comments


  1. Setiap kali keluar, ibu bapa tidak lagi bising tetapkan jam berapa kamu patut pulang.
  2. Kamu mampu membayar hidangan di restoran mahal - untuk diri sendiri mahupun teman-teman. Secara tunai !
  3. Menjelang hujung bulan, akaun bank kamu masih lagi berbaki angka besar, selain tak perlu pun ikat perut menunggu gaji masuk.
  4. Kamu tak ambil hati kalau pun teman lelaki atau rakan baik kamu sibuk ketika hujung minggu. Pada kamu, lepak di taman atau bershopping sendirian juga aktiviti menguja !
  5. Kamu tidak panik walaupun tak boleh keluar akibat hilang kunci jeriji rumah, malah sambil menunggu tukang baikinya tiba, kamu relaks menonton DVD sambil makan kuaci !
  6. Setiap kali ada temu janji dengan jejaka baru dikenali, kamu tidak lagi meminjam pakaian dan aksesori milik kakak atau ibu.
  7. Setiap kali raya, wang poket adik-adik dan anak buahmu meningkat dua kali ganda.
  8. Bila demam, kamu tidak lagi merengek minta ibu suapkan makanan ke mulut, malah boleh memandu sendiri ke gerai terdekat untuk membeli bubur ayam.
  9. Kamu sudah mula merancang membeli aset jangka panjang - seperti kereta atau rumah.
  10. Kamu tidak lagi "merampus" marah-marah di belakang selepas diherdik ketua, sebaliknya berterima kasih dan berjanji padanya untuk memperbaiki kesilapan yang hakikatnya tidak disengajakan.

* No. 1 done.
No. 2 done.
No. 3 done.
No. 4 done.
No. 5 undone. Tak pernah alami lagi.
No. 6 done.
No. 7 jangan mimpi ! Bajet aku keje cop duit ? Aku cume ade adik je, bukan adik-adik. Ntah bilenye mama aku ni buat adik banyak-banyak ?
No. 8 maaf, saya tak boleh memandu.
No. 9 HAHA. Saya cume merancang. Yang pasti laki saya akan belikan =P
No. 10 time keje lu bos. Luar keje lu JAGA ! Wa kasi hentam sama lu =)